Penduduk  Icon Residence Mont Kiara Kuala Lumpur, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ‘penyelewengan dan salah guna kuasa’ oleh jawatankuasa pengurusan bersama (JMB).

Wakil penduduk, Dzulhilman Sulaiman, mendakwa pengurusan JMB yang baru dilantik 18 bulan lalu telah menganugerahkan kontrak penyelenggaraan bernilai RM3.3 juta tanpa proses tender yang betul kepada syarikat tidak bertauliah, tidak pernah diaudit sejak 2013 malah syarikat dimiliki oleh jawatankuasa JMB.

Dzulhilman Sulaiman

Menurutnya penduduk membabitkan 200 unit itu membayar antara RM800 hingga RM2,000 yuran penyelenggaraan bulanan yang dikira mengikut keluasan kediaman.

Perkara menimbulkan persoalan, dakwa Dzulhilman adalah berkaitan jumlah kontrak penyelenggaraan bangunan yang sebut harganya lebih tinggi walaupun hakikatnya nilai kontrak jauh lebih rendah, dan syarikat berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan individu dalam JMB.

Katanya, maklumat mengenai nilai kontrak itu diketahui menerusi pembentangan wakil JMB pada mesyuarat agung tahunan Disember tahun lalu.

“Tender ini berkait rapat dengan kontrak membaik pulih, landskap, penyelenggaraan tetapi kos sebenarnya tak sebegitu rupa, jadi kita minta siasat dengan syarikat-syarikat terlibat.

“Kita tak puas hati dan sebab itu hadir ke SPRM hari ini untuk menyerahkan bukti-bukti yang sudah kami kumpul mengenai salah laku dan pecah amanah pihak pengurusan JMB,” katanya kepada media selepas membuat laporan di SPRM Putrajaya.

Laporan dibuat Dzulhilman itu menyusul penularan dakwaan ‘kartel JMB’ yang turut dikaitkan dengan Chua Choong Yin Pegawai Khas Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dan Seow Choo Kiong Bendahari JMB yang juga pemilik syarikat memperolehi kontrak di Icon Residence Mont Kiara

LINK ARTIKEL – Kartel JMB – SPRM digesa siasat dakwaan salah guna kuasa pegawai khas MP Kepong

Kartel JMB didakwa mencampuri urusan pelantikan kepimpinan JMB dan perbadanan pengurusan bersama (JMC).

Dakwa Dzulhilman, penduduk pada mesyuarat agung lalu sudah bersetuju supaya kontrak JMB terbabit dihentikan memandangkan pelbagai masalah.

“Ada beberapa ahlinya telah keluar kerana tak tahan, walaupun kita bersetuju tukar JMB tetapi malangnya penyerahan kuasa belum berlaku.

“JMB terbabit bawa pula ke Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata yang akhirnya mereka kalah, namun mereka bertindak membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi menyebabkan proses peralihan itu ambil masa,” katanya.

Berikut merupakan laporan penuh kepada SPRM;

One response to “[VIDEO] Penduduk Icon Residence Mont Kiara lapor SPRM salahguna kuasa ‘Kartel JMB’”

  1. [VIDEO] Kartel JMB – Laporan Polis MP DAP untuk halang Video JMB lagak samseng, buli dan tengking pekerja wanita terdedah? – JMBMalaysiaNews Avatar

    […] LINK ARTIKEL- [VIDEO] Penduduk Icon Residence Mont Kiara lapor SPRM salahguna kuasa ‘Kartel JMB’ […]

    Like

Leave a comment

Designed with WordPress

Design a site like this with WordPress.com
Get started